"Sesungguhnya aku telah melihat kepada makhluk-makhluk yang ada di dunia ini lalu aku mendapati bagi setiap makhluk ini mesti ada sesuatu yang dikasihinya dan yang diasyikinya dan aku melihat pula bahawa ada sebahagian daripada sesuatu yang dikasihi itu hanya akan menemani kekasihnya sehingga ke masa ia sakit sahaja, dan ada pula yang sentiasa menemaninya sehingga ke dalam kubur. Manakala yang lainnya akan terus balik dah tidak mahu untuk bersama-sama dengan kekasihnya di dalam kubur. Ia akan membiarkan kekasihnya tinggal seorang diri di dalam kubur. Lalu aku terus berfikir, dan akhirnya aku membuat kesimpulan bahawa sebaik-baik kekasih itu ialah kekasih yang setia mengiringi kekasihnya ke dalam kubur dan menjadi penghibur dan teman setia. Dan tidak ada kekasih yang bersedia untuk berbuat demikian selain daripada amalan yang salih, maka aku terus menjadikan amalan salih ini sebagai teman dan kekasihku, supaya ia dapat menerangi kuburku, dan menghiburkan hatiku dan sudah pasti ia tidak akan meninggalkan aku duduk bersendirian."
Dipetik daripada Nasihat Kelimabelas: Lapan Wasiat Imam Hatim Al Asam Rahimahullau Ta'ala
di dalam buku terjemahan "Ayyuhal Walad," hasil karya Imam Al-Ghazali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan