Rabu, 16 Julai 2014

tolong tepi sikit

Dulu aku suka tulis-tulis blog dalam Bahasa Inggeris. Aku rasa tu macam satu latih tubi untuk aku perkasakan bahasa kedua aku. Ya lah, lidah aku lidah Melayu walaupun aku darah jawa timur. Tapi makin banyak aku menulis, makin aku rasa Bahasa Inggeris tu bukan untuk aku. Macam jiwa tu tak sampai. Aku susah nak sampaikan apa aku rasa. Dah la tulis ni satu medium untuk aku luahkan perasaan aku. Aku tak harap orang baca. Tapi pada yang baca, aku harap apa yang aku cuba sampaikan ni sedikit sebanyak masuk dalam ruang hati. Jadi aku berhenti tulis beberapa bulan. Dah lama balik macam tu, aku tergerak hati nak tulis balik. Mungkin sebab aku ambil subjek yang banyak menulis sekarang, buat aku rasa rindu nak tulis dalam bahasa aku sendiri. Tapi aku rasa banyak lagi adab-adab menulis yang aku perlu belajar. Adab pertama, ialah rasa malu bila menulis. Selalunya kalau orang tulis blog ni, orang tulis 100% apa yang jadi dalam kehidupan seharian. Ada yang tulis sekadar suka-suka, ada yang tulis sebab nak meluahkan perasaan benci, marah, suka, cinta. Dan aku, sebagai seorang perempuan, aku pun ada juga kebarangkalian untuk tulis lebih dari yang aku patut tulis. Ironikan? Seperti agama Islam, tulis ni sepatutnya membebaskan jiwa daripada kecaman. Daripada rasa sekat. Daripada rasa terikat. Memang betul menulis tu satu medium curhat. Tapi kalau cuma menuai benci dan bukan menabur cinta, aku belajar untuk kawal diri aku dan berhenti di sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan