Betul apa orang kata.
Manusia.
Bila dah tak ada apa di depan mata, baru kita jatuh di kaki lima meminta ampun dari yang Esa.
Manusia.
Bila dah terlepas kata, bila satu tambah satu bukan lagi dua, baru kita rasa tak biasa, kekok, jauh, hina.
Manusia.
Bila dah dicucuk jiwa, dengan kematian, dengan kemalangan, dengan keburukan, baru kita rasa oh dunia. Semua ini cuma sementara.
Yang di hati, yang dicinta, yang selama ini tidak dijaga, kerana sibuk dengan hal-hal dunia, kita tepis dia. Kita tolak dia. Kita tak pedulikan dia. Bila dia dah tak ada, baru kita rasa, ya Allah.. ya Allah.. banyaknya dosa. Laghanya kita. Ralatnya kita.

Bila apa yang dipinjam, diambil semula, kita sibuk tertanya-tanya, "Nah! Apa lagi yang kau mahu ambil dari aku?" atau "Nah! Apa lagi yang bisa diambil dari kita?". Tak pula kita sedar, memang diri kita pun, bukan kita yang punya.
Sedih hati aku, aku nak tulis atas kertas pun aku tak mampu.
Dah sampai satu saat, aku kata "Ya Allah. Aku mengaku kalah. Memang kau lah sebesar-besar Tuhan. Memang Kau lah sebesar-besar Kuasa. Yang Maha Arif lagi Maha Bijaksana. Yang Maha Perkasa, berkuasa ke atas setiap segala sesuatu yang berlaku di atas, di dalam, di luar, di tepi, di antara dunia. Tapi kenapa tidak kau berikan peluang? Pada yang mencari-cari kebesaran Engkau? Pada yang cuba memahami Engkau? Pada yang masih sok ragu dengan keesaan Engkau? Apa Engkau tidak kasihankan kami yang cuba mengenali Engkau dengan aqal kami yang besarnya cuma sebutir tanah ini ya Tuhan?"
Sedih hati aku, aku nak tulis pun aku tak mampu.

Kadang-kadang aku rasa seperti ingin lari, sekuat angin. Ah, tak peduli aku. Aku nak sembunyi di balik selimut, tak ingin aku menerima kenyataan dunia yang kadang-kadang terlampau extreme untuk aku fahami hujung pangkalnya.
Soalan.
Jadi lepas ini siapa pula? Aku? Kau? Maryam? Aesya? Ami? Naqi? Melora? Izzat?
Sebahagian dari diri aku marahkan Khalid. Sebahagian dari diri aku kasihankan Khalid. Sebahagian dari diri aku marahkan diri aku sendiri. Atas dasar aku bukan sahabat yang baik untuk Khalid.
Khalid.. Khalid..
Sedih hati aku, aku nak jelaskan pun aku tak mampu.
Teringat masa dulu, kau hantar aku balik kerja, naik kereta, pagi-pagi pukul dua tiga. Sebab aku tak cukup duit nak datang Kanada. Walaupun kau penat. Dan aku penat. Dan bila aku penat aku banyak cakap. Kau dengan semangat kau, datang ambil aku. Bukan sekali dua. Lebih dari itu!

Teringat masa dulu, kau tanya aku "Kenapa kau tak suka aku! Kau ni bukan perempuan ke??!" Lepas tu kita gelak-gelak. Kita gelakkan diri kita sendiri. Kau gelakkan diri kau. Dan aku ikut gelakkan diri kau. Kita gelakkan kebodohan kita. Ketololan kita zaman pre-university. Zaman rambut kita lebih kurang sama, cuma aku shave sebelah kanan ja, sedangkan kau shave dua-dua belah, dan rambut aku masih panjang, sebab ya Khalid, aku seorang perempuan. Dan aku kata "Sebab kau bukan taste aku lah Khalid." Kemudian kita gelak lagi. Kita gelak hari-hari. Kadang-kadang tak payah ada sebab pun kita gelak. Manusia jenis apa kita ni, Khalid? Tapi diam-diam, aku rasa kau lah kawan aku yang punya nilai pelindung. Untuk melindungi. Itu engkau! Tapi entah kenapa Khalid. Entah kenapa engkau tak boleh melindungi diri engkau sendiri? Dan aku jadi lagi benci. Lagi benci sebab aku tak dapat nak balas kebaikan engkau yang Allah ja tahu.
Khalid.. Khalid..
Kalau kau tahu Allah itu Maha Besar, pasti kau tak beranjak. Kasihan ya Khalid.. Kasihan. Cuma sedikit lagi semangat yang kau perlukan. Kasihan kau buat diri engkau begini. Kasihan kau tak diberi peluang untuk mengerti. Sedangkan kita dulu dua-dua lebih kurang sama, brutal, gangster, kasar nak rak dan masih mencari-cari kebesaran Tuhan. Rata-rata kawan-kawan kita pun masih mencari-cari kebesaran Tuhan. Masih cuba untuk mengenal Tuhan. Kasihan kau tak dikasihani. Sebelah hati aku kau bawa pergi ya Khalid.. Sebelah hati aku kau bawa lari ke langit tujuh.
Aku di sini terpinga-pinga. Apa mungkin satu hari nanti aku punya nasib yang sama?
Khalid.. Khalid..
Kalaulah kau punya kesabaran lagi satu saat, pasti kau lah manusia yang paling bertuah!
Dan pastilah Khalid.. Allah itu Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Jadi kau tunggulah aku. Bagi aku hidup, balas jasa orang yang buat baik pada aku yang masih hidup. Sebab aku tak sempat nak balas kebaikan kau waktu kau masih hidup.
Khalid.. Khalid..
Tunggulah aku! Di langit tujuh.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan