Sabtu, 22 Februari 2014

Kemenangan Akhir

"Maka kita ulang seruan kita sekali lagi kepada pemuda, supaya dia jangan lekas mengeluh atau putus asa jika melihat kejahatan terbentang dihadapan matanya. Kalau tidak ada kejahatan mana orang tahu memilih kebajikan. Kalau tidak ada kejahatan dimana akan dapat dibuktikan bahawa setan itu ada. Kewajiban kita ialah berlomba menegakkan keadilan, disamping setan mempropagandakan kejahatannya, menegakkan budi ditengah-tengah kesesatan manusia, dan menghidupkan chahaya Tuhan di dalam jiwa kita masing2. Itulah dia perjuangan, itulah dia hidup. "Wal'aqibatu lil muttaqien". Kemenangan akhir akan diberikan Tuhan bagi orang yang taqwa kepadaNya."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan