"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (103:1-3)
Hari ni aku tertinggal jam tangan dekat rumah.
Aku perasan yang aku tak pakai jam tangan masa aku tengah tunggu bas tadi. Padahal dekat rumah tadi, aku dah ingatkan diri aku sendiri, "ok jam jangan lupa." Tanpa jam, aku rasa lost gila. Berpeluh-peluh aku bila nak tulis tarikh. Hari ni tanggal 4 Oktober. Tapi tadi, sebab tak pakai jam, aku tulis tanggal 11 Oktober dalam buku nota aku bahagian atas belah kanan. Bukan sekali dua aku tersalah. Tapi lebih dari dua tiga kali. Sakit jiwa.
Lepas tu aku pun terfikir. Tu baru perasaan tak ada jam. Kalau betul-betul masa yang aku tak ada macam mana?
Aku selalu janji dengan diri sendiri, "Ok, hari ni aku nak siapkan kerja ni ni, ni ni ni." Tapi selalunya antara 10 kerja yang aku janji nak siapkan tu, aku cuma siapkan 4-5 kerja ja. Mungkin ada yang cakap "ok la tu boleh buat half." Tapi kalau benda yang sama jadi dekat kau macam mana? Macam mana kalau aku hutang kau $100, dan aku janji aku akan bayar balik $100, tapi aku cuma bayar $50? Bolehkah waktu tu kau cakap "ok lah tu sekurangnya bayar half?"
Aku selalu tipu diri sendiri. Aku selalu bagi alasan macam-macam dekat diri sendiri. Ya lah, yang paling kita senang sekali nak tipu kan memang diri sendiri?
Lepas tu aku pun teringat, apa yang kawan aku tanya semalam. Dia tanya, "Apa awak rasa kalau komputer ni tak wujud?"
Aku, dengan tak fikir panjang, pun berseloroh la jawab, "Mesti kita lagi banyak life."
Aku sendiri terkedu dengar benda tu keluar dari mulut aku. Bukan sebab aku cakap sesuatu yang intelligent ke apa. Tapi sebab aku sendiri rasa benda tu betul. Kena dengan diri aku sendiri. Aku sendiri rasa banyak masa aku, aku habiskan dekat/dengan komputer. Kalau tak ada komputer.. Fuhh! Kenyataan yang "I'd be a better person" tu terus keluar dalam kepala otak. (Padahal kalau tak ada izin Allah, bagus macam mana pun aku, tetap ja lah aku macam ni.) Semua masa yang aku habiskan dengan komputer ni aku sumbangkan ke jogging malam aku yang cuma takat 40-50 minit setiap hari tu, aku sumbangkan ke masa membaca buku aku yang cuma takat waktu aku tunggu bas, waktu aku tunggu masuk kelas, waktu aku tunggu professor datang, waktu aku tunggu rebus telur, waktu aku tunggu air didih, waktu aku tunggu nak kahwin. Eh. Dan pelbagai lagilah aktiviti-aktiviti beriadah yang aku bayangkan.
Aku tak ada pun nak menafikan yang komputer tu banyak membawa kebaikan sejagat apa semua. Tapi tu bukan isu dia dekat sini. Isu aku adalah masa. Bukan isu komputer. Komputer tu tak buat salah pun. Kalau aku letak dia atas meja makan rumah Hurun 'Ain, sampai tahun depan pun dia statik ja dekat situ kecuali kalau ada yang usik. Point aku hari ni adalah aku nak ingatkan diri sendiri supaya gunakan masa aku dengan sebaiknya. Kalau tak nanti, aku juga yang rugi. Orang lain rugi apa dengan masa aku? Melainkan kau ibuk yang memang tak boleh tengok aku buat benda bangang dekat rumah. Rindunya ibuk.
(sedih sekejap)
Tak ada orang pun yang baca blog aku ni. Faham sangat. Aku pun tak minta orang baca. Aku tulis bukan sebab nak jadi penulis. Aku tulis sebab suka. Selalunya yang baca blog aku, aku lah orangnya. Jadi aku harap nanti satu hari nanti, kalau baca blog ni lagi, aku boleh la ingatkan diri sendiri supaya guna masa dengan baik. Nak bagi nasihat/peringatan ni kena berterusan. Aku ni dah la cepat lupa. Dan orang lain pun tak ada masa nak ingatkan aku setiap masa. Masing-masing ada komitmen masing-masing.
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan." (59:18)
Aku harap sangat aku tak tergolong dalam golongan yang lalai.
Ameen!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan