Padamu Jua
Habis kikis
Segala cintaku hilang terbang
Pulang kembali aku padamu
Seperti dahulu
Kaulah kandil kemerlap
Pelita jendela di malam gelap
Melambai pulang perlahan
Sabar, setia selalu
Satu kekasihku
Aku manusia
Rindu rasa
Rindu rupa
Di mana engkau
Rupa tiada
Suara sayup
Hanya kata merangkai hati
Engkau cemburu
Engkau ganas
Mangsa aku dalam cakarmu
Bertukar tangkap dengan lepas
Nanar aku, gila sasar
Sayang berulang padamu jua
Engkau pelik menarik ingin
Serupa dara di balik tirai
Kasihmu sunyi
Menunggu seorang diri
Lalu waktu - bukan giliranku
Mata hari - bukan kawanku
---
Dulu aku egois.
Tak mahu baca buku-buku Melayu. Apalagi puisi. Ah, bosan. Lagi-lagi bila ia semakin di-"pasar"-kan. Lagi lah tak keruan daulatnya.
Bila aku ke sini, aku disogok buku-buku cerita Indonesia yang punya isi, yang punya substance. Aku mulai suka buku-buku HAMKA, aku mulai teringin nak baca karya Faisal Tehrani, aku mulai suka puisi-puisi Melayu semula selepas habis trilogi Andrea Hirata. Semua ni bukan kebetulan pun. Buku memang aku baca. Tapi aku bukan ulat buku. Aku bukan kaki buku. Aku lagi banyak habiskan masa dengar Radiohead daripada baca buku sebenarnya. Kadang sampai tertidur. Ini pun senior yang bagi-bagi. Tapi aku suka bercerita atau dengar cerita-cerita tentang buku. Memang nak ambil hati aku, kena cakap pasal buku ja kot.
Satu malam Jumaat tu, aku diberi puisi Amir Hamzah. Aku diam ja masa aku dibacakan puisi ni. Aku tak kenal pun siapa Amir Hamzah ni. Aku diberi puisi ni sebab aku gitau orang tu aku suka puisi "Bunga Krisan" yang Ikal tulis untuk A Ling dalam Laskar Pelangi. Sebab aku nak cuba faham isi dia. Aku pejam mata rapat-rapat, aku dekatkan telinga pada si pembaca puisi.
Puisi ni terlampau indah. TERLAMPAU! Nak tahu kenapa?
Selalu bila aku dengar lagu-lagu Radiohead, Oasis, Coldplay, John Mayer, Damien Rice dan semua jenis lagu "patah" (baca: cinta, sedih), aku selalu kaitkan dengan manusia. Orang ni, lagu dia gini gini gini. Orang tu lagu dia gitu gitu gitu. Lagi-lagi Wonderwall. Tak pun Creep. Creep tu dah la staple music aku. Tak dengaq sehari macam tak makan seminggu.
Tapi Amir Hamzah tulis puisi ni, cubalah teka untuk siapa. Bukan untuk manusia. Untuk Ilahi.
Sakit, sakit jantung. Jauh betul darjat aku dengan si Amir Hamzah ni. Dulu aku pernah post lirik lagu All I Need. Dari Radiohead.
All I Need
I'm the next act waiting in the wings
I'm an animal trapped in your hot car
I'm all the days that you choose to ignore
You are all I need
You are all I need
I'm in the middle of your picture
Lying in the reeds
I'm a moth who just wants to share your light
I'm just an insect trying to get out of the night
I only stick with you because there are no others
Pernah sekali tu aku dengar straight 8 jam tak henti. Tapi aku padam. Sebab? Aku tujukan lagu ni untuk manusia. Manusia yang duduk jauh dan tak tahu pun aku dok fikir pasal dia ja manjang. Walhal cinta-cinta macam ni, patut ditujukan pada yang lebih berhak dari manusia. Yakni, Al-Ilah. Ilahi. Allaah. Tuhan. G-d. Makin lama aku jadi makin setuju dengan Rumi. Rumi yang bawakan idea Sama' dalam pemikiran "Sufi Mabuk" tu buat aku rasa lagu-lagu cinta gini patut ditujukan pada yang lebih besar, agung dan kaya dari tanah. Kalau rasa cinta nabi pada Tuhan tu sangat tinggi dan kita tak mampu nak capai, tu, cinta Majnun pada kekasihnya, Laila tu. Itu contoh cinta yang sepatutnya kita tujukan pada Tuhan.
Dah tentu. Orang yang betul-betul kenal aku, tahu aku tak ada latar belakang agama. Aku tak pandai sirah. Tak pandai Bahasa Arab. Baca Qur'an pun aku cuma tahu maksud-maksud ayat sekadar di atas permukaan. Sekadar faham maksud surface. Rata-rata boleh kata semua tak faham maksud Qur'an. Hadis pun aku tak tahu. Ilmu agama yang aku ada, cuma dari Mak Cik Yam yang ngajar aku ngaji dulu, atau dari Ustazah & Ustadz. Dan Profesor Rumee yang aku respek sepenuh jiwa raga aku.
Tapi benda yang Amir Hamzah cuba tunjuk ni, simple ja. Orang tak pandai macam aku pun boleh faham, kalau nak faham.
Mungkin dah tiba masanya kita berhenti kaitkan lagu-lagu cinta dengan manusia semata-mata.
Mungkin dah tiba masanya kita cuba ingat-ingat pada yang mencipta pula.
Kalau rasa nak berzikir tu jarang, nak baca Qur'an tu jarang, ambil ja sikit masa ingat Tuhan melalui lagu-lagu yang korang dengaq, tu pun kalau korang rasa dengaq lagu tu bukan haram. Ikut selera masing-masing la.
Sekarang bila aku dengaq lagu All I Need ni, aku dok bayang Thom Yorke nyanyi untuk Al-Ilah kat atas plak.
Heh. Tu lagi pelik. Apekebenda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan